Wednesday, 4 June 2014

Cuti Cuti Cameron Highland - Heritage Hotel

Nota: Wife yang menulis - Catatan ringkas sahaja, hanya ingin memuat naik gambar agar soft copy tak hilang.

Imbas kembali...
Disember 2013, bercuti di Cameron Highland.
Untuk percutian kali ini, kami memilih untuk melalui exit Simpang Pulai memandangkan keadaan jalan yang lebih baik berbanding exit Tapah.

Sebelum mendaftar masuk ke hotel penginapan, kami berhenti rehat di Cameron Valley Tea House untuk membasahkan tekak dengan teh segar dari ladang dan feeling2 mat saleh dan menikmati menu wajib di CH ni iaitu scone.

izzah @ "rumah teh"

Selesai minum teh, kami mendaftar masuk di hotel. Kali ini, Heritage Hotel menjadi pilihan setelah si isteri bertungkus lumus membuat kajian hebat di internet berkenaan hotel2 menarik di Tanah Rata. Kudos untuk saya.
Keadaan bilik sangat tidak mengecewakan, dengan harga RM170++ satu malam (booking melalui booking.com dan memilih bilik di new wing sahaja. Kami dapat urgrade ke bilik deluxe memandangkan semua bilik satndard belum tersedia semasa kami mendaftar masuk).
 
Gambar-gambar sekitar Heritage Hotel
 

Izzah@ 2tahun 4 bulan (nmpk..masih cam baby2 je...)


berdekatan lobi heritage


dari balkoni bilik

bilik yg agak luas

taman di heritage

sarapan pagi di heritage


ladang strawberi KHM di Tanah Rata. Sekali lagi makan scone
Tak berapa ingat nak imbas banyak2 sebab dah lama bercuti ni. Nanti boleh bawa adik hannah pula ke CH.

No comments:

Post a Comment