Ini merupakan percutian pertama bagi adik hannah (masa ni umur hannah 3 bulan++)
Pullman putrajaya menjadi destinasi pilihan walaupun perancangan awal mahu ke PD. Memandangkan bilik di Pullman jauh lebih murah, jadi kali ni ayah bersetuju untuk bercuti di PUTRAJAYA! (boleh nampak pejabat mama la dr pullman ni..ahaks..xpe. yg penting cuuutiii)
Ringkasan catatan/ulasan.
Harga bilik:
RM210nett (government rate)/bilik deluxe+sarapan pagi utk 2 org+percuma bb's cot. Murah rasanya untuk hotel bertaraf 5 bintang kan.
Kondisi bilik:
Cantik dan memuaskan. Katil besar dan tinggi, lantai laminated timber floor, cuma takde bath tub je. Boleh bagi 4.5/5 bintang lah.
Sarapan pagi:
Banyak pilihan menu.
Sekitar hotel:
Pemandangan tasik yang cantik, playroom yg selesa (sbb xramai tetamu kut...)
Gambar sekitar pullman.
Di pintu masuk lobi |
interior |
interior |
bilik dgn katil tinggi, penat juga izzah nak panjat |
hannah |
santai petang di luar hotel |
jogging di halaman hotel |
kolam untuk kanak2 pon best |