Monday, 9 June 2014

cuti cuti Pullman Hotel Putrajaya

Mei 2014
Ini merupakan percutian pertama bagi adik hannah (masa ni umur hannah 3 bulan++)
Pullman putrajaya menjadi destinasi pilihan walaupun perancangan awal mahu ke PD. Memandangkan bilik di Pullman jauh lebih murah, jadi kali ni ayah bersetuju untuk bercuti di PUTRAJAYA! (boleh nampak pejabat mama la dr pullman ni..ahaks..xpe. yg penting cuuutiii)

Ringkasan catatan/ulasan.
Harga bilik:
RM210nett (government rate)/bilik deluxe+sarapan pagi utk 2 org+percuma bb's cot. Murah rasanya untuk hotel bertaraf 5 bintang kan.

Kondisi bilik:
Cantik dan memuaskan. Katil besar dan tinggi, lantai laminated timber floor, cuma takde bath tub je. Boleh bagi 4.5/5 bintang lah.

Sarapan pagi:
Banyak pilihan menu.

Sekitar hotel:
Pemandangan tasik yang cantik, playroom yg selesa (sbb xramai tetamu kut...)

Gambar sekitar pullman.



Di pintu masuk lobi

interior

interior

bilik dgn katil tinggi, penat juga izzah nak panjat

hannah

santai petang di luar hotel

jogging di halaman hotel

kolam untuk kanak2 pon best


Hari Sukan ARK


Tarikh: 26 April 2014
Lokasi: Dewan Bola Tampar Seksyen 4 Shah Alam

Gambar kakak izzah sekitar Hari Sukan Ar-rayyan Kids.


 


Perbarisan masuk peserta cilik


Adik Hannah pon tengok kakak bersukan

Kumpulan izzah dpt no.2 acara tarik upih bersama bapa2
Terima Kasih cikgu
Peace..

Wednesday, 4 June 2014

Cuti Cuti Cameron Highland - Heritage Hotel

Nota: Wife yang menulis - Catatan ringkas sahaja, hanya ingin memuat naik gambar agar soft copy tak hilang.

Imbas kembali...
Disember 2013, bercuti di Cameron Highland.
Untuk percutian kali ini, kami memilih untuk melalui exit Simpang Pulai memandangkan keadaan jalan yang lebih baik berbanding exit Tapah.

Sebelum mendaftar masuk ke hotel penginapan, kami berhenti rehat di Cameron Valley Tea House untuk membasahkan tekak dengan teh segar dari ladang dan feeling2 mat saleh dan menikmati menu wajib di CH ni iaitu scone.

izzah @ "rumah teh"

Selesai minum teh, kami mendaftar masuk di hotel. Kali ini, Heritage Hotel menjadi pilihan setelah si isteri bertungkus lumus membuat kajian hebat di internet berkenaan hotel2 menarik di Tanah Rata. Kudos untuk saya.
Keadaan bilik sangat tidak mengecewakan, dengan harga RM170++ satu malam (booking melalui booking.com dan memilih bilik di new wing sahaja. Kami dapat urgrade ke bilik deluxe memandangkan semua bilik satndard belum tersedia semasa kami mendaftar masuk).
 
Gambar-gambar sekitar Heritage Hotel
 

Izzah@ 2tahun 4 bulan (nmpk..masih cam baby2 je...)


berdekatan lobi heritage


dari balkoni bilik

bilik yg agak luas

taman di heritage

sarapan pagi di heritage


ladang strawberi KHM di Tanah Rata. Sekali lagi makan scone
Tak berapa ingat nak imbas banyak2 sebab dah lama bercuti ni. Nanti boleh bawa adik hannah pula ke CH.

"Nur" ke-2

Assalam..
kembali menulis dengan tujuan menyimpan gambar2 kenangan untuk tatapan sesama keluarga.

Introducing  our 2nd bundle of joy

Nur Hannah bt Mohd Azrul
DOB 25/1/2014 Hospital Putrajaya


Hannah Day 1


Hannah 1 minggu
 



Kakak izzah yg teruja
 

"Wa

Hannah 3 bulan

hai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah jugaeturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku" "Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapak serta bagi orang-orang yang beriman, pa berlakunya hitungan amal dan pembalasan"

(Ibrahim : 40/41)
Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.
(Surah Ibrahim, Ayat 40)

Wednesday, 12 September 2012

Monday, 10 September 2012

our little girl

Milestone at 1year 3 weeks old:
..our little izzah dh pandai tolong ambilkan phone bg kat mama apabila disuruh..
tahniah!


gambar hiasan: izzah @ 11months

Tuesday, 8 May 2012

Jalan2 Penang - Day 2

Pagi2 lagi dh gerak kuar hotel ke Pasar Tun Saadon dekat2 dengan USM sbb nak breakfast kat situ.
Menu yg dicari wajib la nasik lemuni dengan "serabai".
Punye la ramai org, nak parking pon susah.
Izzah lak tido, so angkut je masuk stroller.
Mula2 dia tido je dlm stroller, ayah dia jaga kt meja makan.
So, saya pun g beli makanan.
Dapat "serabai".
Dapat gak nasik lemuni.
Sebenarnye dah lupa rasa serabai ni mcm mana.
Dah lama sgt tinggalkan bumi kulim/penang ni.
Nasreen la ajar bfast kt sini.hehe
Serabai ni rasa dia msm2 skit, mcm tepung tosei kut.
Cicah ng kuah kaya yg sedap.
So serabai ni sedap je sebenarnye.
Tapi sebab perut dh kenyang dengan nasik lemuni, x abis makan serabai.
Sebelum balik, sempat tapau roti jala.
Terpengaruh tengok org beratur panjang, bajet sedap la.
Memang sedap pon.
Kari dia...perghhhhhhh..

Lepas breakfast teruskan lawatan..
kami singgah di Padang Kota Lama.
Ada org main payung terjun yg ade enjin tu, ape tah namanye.
Izzah sgt suke.
kejap2 tengok atas, nk tengok org tu berpusing2 mcm burung.
Then jalan kaki ke Fort Cornwallis.
Fort Cornwallis ni merupakan kubu pertahanan Inggeris suatu masa dahulu.
Siap ada patung besar Francis Light lagi.
Saya x sempat nak baca kisah2 sejarah sgt sbb sibuk dengan izzah.
Azrul je kusyuk baca semua.
Dalam kul 10.30 mcm tu dh siap tour kubu tersebut

Penat, panas.
Bawak izzah lepak2 main buaian kt taman mainan tepi padang dekat fort tu.
Kemudian teruskan perjalanan.
Plan nk ke Bukit Bendera.
Dh smp bukit bendera tengok org parking kerete kiri kanan jalan.
Kami puas cari parking.
Sampaikan naik bukit area private land. Dh tinggi and curam sgt dh bukit yg kete kami daki.
Last2 decide xnak la g Bukit Bendera.
Kalau dh nk cari parking pon camni punye susah, sure nk beratur naik ketapi lagi la susah, mesti ramai sgt org.

So, patah balik, terus ke Taman Rama2 Teluk Bahang.
Aman & nyaman skit.
X ramai sgt org.
Ticket RM18/dewasa untuk pemegang myKAD.
Warga asing lagi mahal.
Izzah cam terkesima lak tengok rama2.
Mula2 dia mcm takut2.
Dah lama2, makin syok smp nk pegang rama2 lak.
Memang banyak rama2 kat sini, besar, kecik semua ada.
Kepompong yg nk jadi rama2 pon ada.
Wangi je taman rama2 ni, mcm bau bunga2an.
Agaknye rama2 memang kena hidup kt kawasan harum gitu kut.
Dalam sejam kt taman rama2, kami pon keluar.
Izzah dh berpeluh2.
Teruskan perjalanan mencari mee udang untuk our lunch.
Camne la boleh silap search ni, mee udang bukan kt teluk bahang, tapi teluk kumbar!!!
punye la jauh kalo nak g teluk kumbar.
So, kami plan nk cari makan kt batu feringgi je.
Rezeki, otw dr teluk bahang ke batu feringgi, jumpe la gerai yg ada jual mee udang.
Gerai ni tepi pantai.
Udang memang fresh.
Leh kupas kulit gna sudu. Frresh la tu maksudnye.
Kalo yg x fresh biasnye isi udang melekat2 kt sudu.
Kuah Mee Udang ni pon sedap.
Saya siap hirup2 kuah.
Azrul pelik je tengok wife dia hirup kuah mee udang, lain la kuah sup dia cakap, leh la hirup.
Siap makan terus balik hotel.
Otw ke hotel jumpe gerai jual jeruk.
Jeruk Pak Ali namanye.
Memang niat nk beli jeruk sebagai buah tangan untuk family tapi xmo jeruk chaw rasta.
Sebab baru ade kesedaran pasal status halal jeruk tu..hehe
ye la, yg buat, yg jual cha ya nun alip kan..
So alang2 jumpe jeruk Pak Ali, beli la dlm 8 bungkus.
Setel pasal buah tgn.
Terus balik hotel....
Solat....Tidooooooooooooooooooo...bestnye!
Lepas bangun tido bawah izzah g pantai belakang hotel.
Tengok org main layang2.
Malam tu kitorang dh penat sgt, g makan kt TESCO je.
Dlm kul 10.30 terus tido...penat explore penang siang tadi..:-)